Pengedar Shaklee Puchong: Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung (Official Lyric Video)

24 January 2017

Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung (Official Lyric Video)




Ku sesali
Kerna pernah cuba
Sakiti hatimu
Sedang diri ini
Tidak mampu
Untuk hidup tanpa
Cintamu di sisi

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia
Dan di syurga
Oh kekasih

Kembalikan
Cinta yang pernah ada
Dalam hatiku
Walau dirimu pernah terluka
Ku akui segalanya salahku

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia
Dan di syurga

Meskipun kesetiaan
Yang selalu dipersia
Namun engkau tidak pernah lelah
Untuk bertahan
Ku mengerti kini semua
Demi cintamu kepadaku
Padaku

Kasih
Pabila bersama
Dunia terasa sempurna
Jangan tinggalkan diriku
Oh sayangku

Cinta lelaki teragung
Membuat diriku berbahagia
Engkaulah kekasih di dunia
Dan di syurga

Lagu: Natasyah
Lirik: Iman Imran

Setiap kali dengar lagu ni kat radio sebelum-sebelum ni, maksud sebelum-sebelum ni tu..sebelum lagu Lelaki Teragung menang AJL baru-baru ni la. Setiap kali dengar lagu ni, suami erna akan cakap...."suka betul lagu ni ma..". Lepas tu dalam toilet pun sakan la dia menyanyi lagu ni. Berulang-ulang korus tu dia nyanyi.

Erna pula?

Pertama kali dengar, terus terasa nak cari lirik. Bila baca lirik.........dang!!!!

Betul punya makan dalam bila baca lirik lagu ni. Kemudian mula menjadi siulan dan alunan di radio pula bila cerita 7 hari mencintai ku mula ditayangkan kat tv3. 

Dengar lagu ni, teringat kisah silam. Kisah 5 - 6tahun lalu. Kalau lah.... kalau lah.... masa boleh diputarkan kembali. Tetapi memang mustahil masa lalu boleh dikembalikan.

Apapun, setiap perkara yang pernah berlaku dalam hidup ini...adalah pengalaman, pelajaran, pengajaran. Sebab itu juga ada pepatah mengatakan 'pengalaman adalah guru yang paling berharga'

Syukur alhamdulillah....kini berbahagia kami suami isteri walau ada pasang surutnya. Ada masa dilambung ombak dan badai..tetapi cerita kasih sayang dan kesetiaan cinta antara kami, alhamdulillah syukur...kuat dan utuh. 

Semoga kasih sayang dan cinta 'Lelaki Teragung' ini kekal sampai ke syurga.... kasihnya tidak pernah berbelah bahagi kepada puan isteri. 

Terima kasih pa 




Iman , Taqwa dan Ikhlas 

No comments:

Post a Comment

Pengedar Shaklee Puchong,Shaklee Puchong,Set Berpantang Shaklee,Vivix Murah,COD Shaklee Puchong Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign