Bila Adik Baby Nak Keluar Ni?

Assalammualaikum...Selamat Malam.


Your baby's estimated due date is on or around
Friday, october 21, 2016
Only 0 weeks and 1 day left until your baby is born!

Seram tau sebenarnya memikirkan bila la baby i ummi dalam perut ni nak keluar. Mengikut pengalaman pertama dan kedua bersalin, abang dan kak ngah baby i dah selamat ummi lahirkan. Kalini, eh...lambat pula keluarnya baby. Seronok lepak, makan, tidur dalam perut ummi lah ni kan baby kan? 

Sekarang ni, boleh la erna rasa perasaan kawan-kawan yang kandungan mereka overdue. Memanjang dapat soalan, "eh...tak beranak lagi?..." I feel you, I feel you. hahaha....

Sebab sekarang ni setiap hari erna terima soalan yang sama.

Esok, erna ada appoinment dengan Dr. Raja. Suami pun dah siap whatsapp bos, suami maklumkan esok masuk kerja lambat dan jika erna terpaksa induce atau apa-apa prosedur lain, suami akan ambil cuti esok. Terima kasih suami ku. Sebab selalu faham debar hati si isteri ni.

Berdebarnya rasa hati hanya Allah yang Maha Mengetahui. Sebab erna tak pernah ada pengalaman overdue macam kehamilan ketiga ni. Untuk 'natural induce' erna ada juga buat beberapa perkara semoga pintu rahim lebih mudah terbuka.

Kepada ibu-ibu diluar sana, dibawah ini erna kongsikan Tips Cepatkan Bukaan Rahim Untuk Elak Overdue dan Kena Induce. Erna tak dapat nak sarankan tips mana yang betul berkesan sebab erna pun masih mencuba untuk lahirkan anak ketiga erna ni tanpa induce. InsyaAllah...


Tips Cepatkan Bukaan Rahim Untuk Elak Overdue dan Kena Induce
Kandungan Overdue


Tips Cepatkan Bukaan Rahim Untuk Elak Overdue dan Kena Induce


Gigih tau erna google sana sini baca tips rakan-rakan blogger mengenai pengalaman mereka semua nak elak daripada overdue dan kena induce. 

1. Banyakkan berjalan

Amalkan berjalan-jalan, boleh buat kat rumah dengan berjalan berpusing-pusing didalam rumah. Buat kerja rumah seperti biasa, dan lepas tu memang fokus berjalan je. 


2. Naik turun tangga

Amalkan naik turun tangga. Jika tiada tangga, naik turun atas kerusi kecil pun boleh, seolah-olah nampak macam naik turun tangga.Buat ulang-ulang sampai badan rasa letih. Rehat kejap. Kemudian buat semula. Sepanjang hari.


3. Berjalan itik

Amalkan jalan itik. Jalan dalam rumah je pun dah ok. Jalan diruang tamu, jalan itik keliling bilik tidur jika bilik tidur anda luas.


4. Duduk bersila dengan dua tapak kaki bertemu

Duduk bersila dengan dua tapak kaki bertemu. Selepas penat buat aktiviti diatas, boleh relax dengan cara kedudukan seperti ini.


Setakat ini, erna masih konsisten amalkan Vitamin Kehamilan Shaklee. Makan vitamin seperti biasa dan pesan kawan-kawan yang pernah overdue... Enjoy! Enjoy the ovordue moment. Ok, ok. I try. Walau dalam hati Allah je tahu. hahahaha....

Ok baby. Sila bagi kerjasama baby. Ummi akan usaha untuk buat natural inducer ni semampunya. Harapnya baby keluar tanpa perlu induce. Dengar cakap ummi ye adik baby.

Kawan-kawan, doakan erna tau. Dup dap dup dap


Hubungi erna untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran sebagai ahli Shaklee anda dan juga harga istimewa untuk setiap produk Shaklee.


Nama: Erna Nordiana Zamri
ID SHAKLEE: 908806
Email: hafizerna@gmail.com
Call / WhatsApp : 013-3357696
FB: Erna Nordiana Zamri


"Terima kasih kerana mendapatkan produk Shaklee daripada saya. Saya bertanggungjawab untuk membimbing dan memberi servis kepada anda. Sekiranya anda berminat untuk mendaftar sebagai pengedar Shaklee (Ahli Shaklee), anda boleh menghubungi saya segera untuk saya bantu proseskan pendaftaran anda atau boleh juga daftar sendiri dengan walk in di branch shaklee, dengan mendaftar dibawah ID Shaklee saya 908806 dan anda akan mendapat bimbingan daripada saya.."

- TERIMA KASIH KERANA MEMILIH SHAKLEE -

Share this:

,

CONVERSATION

4 comments:

  1. baby takmo keluar sedap sgt duk dalam perut ummi tu, semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mila.
      masih setia berdoa dan menanti adik baby keluar ni :)

      Delete
  2. been there done that.. sume exercise da buat but still overdue. Paling teruk annas post date 10 hari . T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni berserah je kepada takdir T-T

      Delete