Siapa Nama Ummi?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Semakin lama semakin teruk prestasi ummi erna update blog. Sadis betul. Sekarang memang terasa betapa berharganya masa. Hari-hari rasa macam nak extra daripada 24jam. Kerja kerja kerja. kerja memang tak pernah sudah. Menyedapkan hati sendiri, selalu bermonolog dalaman, "inilah ciri-ciri bisneswomen yang berjaya.." bz menguruskan perniagaan, rumah tangga, anak kandung, anak shaklee, customer. Apapun, kepuasan itu tak dapat nak di gambarkan. Beza tau..kalau bz kerja dengan hati tak rela. Sana sini rasa nak salahkan orang. Bila kita bz kerja dengan hati yang seikhlasnya bekerja..semakin bz, semakin rasa nak struggle siapkan kerja. Ya Allah..betul-betul dapat rasa perbezaannya. Seronok sangat sebenarnya bila berniaga dan bz. Kata guru, keberkatan itu sangat penting dalam mencari rezeki.

Intro bukan main panjang di perenggan atas tu. Sebenarnya nak update 1 video yang menjadi kewajiban untuk erna tonton setiap hari. Video pendek yang menambah lagi semangat untuk erna kerja sungguh-sungguh. Bukan untuk diri sendiri semata-mata. Tetapi untuk si jantung hati.. Ya Allah..bijaknya iman bercakap sekarang ni. Erna tanya iman banyak kali dan berikan juga jawapan pada soalan erna tu. Iman hanya ikut. Macam tak percaya, masuk hari ke-3 iman dah boleh jawab soalan erna dan memang setiap kali erna atau sesiapa sahaja tanya soalan "Siapa nama ummi?...Er..." iman boleh berikan jawapan yang tepat. Owh hati..betul-betul dalam hati ada taman =)

Selamat menonton video pendek yang sangat berharga pada erna sekarang ni =)

video

Perkara simple yang anak bijak anak syurga kita buat, semestinya sebagai seorang ummi..erna rasa ia adalah sesuatu yang sangat berharga. Usia iman hampir 1tahun 6bulan ini, iman sangat petah berbicara. Tidak terlalu pelat dan memang boleh faham butir percakapan iman. Video ini di rakamkan ketika iman sedang hisap nenen ummi dan dalam proses nak tidur malam. Sebab tu gelap je video ni ^___^ 

Ya Allah..semoga iman jadi anak yang bijak hingga syurga. Aamiinn...

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

, ,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment