May Wordless Wednesday

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Macam biasa entry wordless wednesday erna mesti tak berapa nak wordless. Hehehe..nak juga ada kata-kata. Memang banyak cakap betul erna ni. Sebab tu entry wordless wednesday pun nak siap cerita dan caption. Ringkasnya..atok nenek iman dah lama cakap nak belikan iman kereta yang besar. Ibu ayah belikan kereta ni kat KL. Lepas balik mengundi haritu, terus mereka ke KL belikan iman kereta. Bestnya kereta ni sebab ada remote untuk orang lain control. Iman mana pandai tekan minyak dan break lagi. Iman tahu tekan hon..ponnn ponnn. Pastu iman tahu bukak radio kat kereta. Kereta ni siapa ada ala-ala radio yang kita boleh kuatkan sound..slow kan sound dan boleh tukar-tukar lagu. Fuh..bukan main suka anak ummi =) Terima kasih atok dan nenek =) Owh ya..hall rumah atok dan nenek kecil. Terhad la kami nak control kereta sana sini. 






Iman, 

Semoga kehidupan mu anak sentiasa dilimpahi kebahagian dunia dan akhirat
Semoga membesar kamu dengan sepenuh kasih sayang daripada kami semua
Semoga menjadi anak soleh harapan ummi dan babah

Iman,

Setiap kali iman tersenyum, ketawa, iman lah penawar duka
Setiap bait kata comel yang terkeluar dari mulut iman adalah sesuatu yang membahagiakan
Setiap tingkah laku dan gerakan iman buat hati ummi babah kuat

Iman,

Kehadiran iman dalam keluarga kita adalah kehadiran yang di nantikan
Allah kasihkan ummi dan babah, maka Allah hantarkan iman secepat mungkin kepada kami
Membesar iman dalam rahim ummi adalah suatu anugerah sayang..

Iman,

Doa kami semua sentiasa mengiringi perjalanan hidup mu wahai anak
Membesarlah sayang dengan penuh kecerian walau keluarga kita serba sederhana
Membesarlah wahai anak ku..permata hati ku..

Al-fatihah buat sahabat-sahabat iman yang kini bahagia di syurga

Aqil Hamzah dan Aiman Jazil semoga tenang kamu di sana wahai ahli syurga

Dugaan buat ibu bapa mereka adalah PERINGATAN buat kita

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,

Share this:

,

CONVERSATION

2 comments:

  1. besarnya kereta.. abang hafidh nak pinjam boleh tak iman??? ihihih

    ReplyDelete
  2. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete