Iman Dah Berjalan Sendiri

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Berulang kali ucap syukur dalam hati sekarang ni bila anak dan suami sedang lena tidur. Kalau iman tak tidur, memang susah sangat-sangat ummi nak update blog. Kalau iman tak tidur, ummi packing barang..iman pun nak packing barang. Ummi check order, iman pun sibuk-sibuk nak tolong ummi check order. Bagus betul iman. Rajin anak ummi sebab sibuk nak tolong ummi. Selalu juga erna akan cakap pada iman, "its ok iman sayang..tak perlu tolong ummi..ummi boleh buat sendiri..iman pergi main toys iman..tak payah tolong ummi..terima kasih iman sayang.."

Makin pantas masa berlalu..makin membesar iman dan makin matang ummi lalui setiap hari-hari ummi. Betullah kata orang..anak adalah anugerah. Tidak kisah walau apa juga dugaan yang datang, anak itu penyeri rumah tangga. Seorang ummi juga akan lebih tabah nak tempuhi walau apa juga cabaran dan dugaan mendatang bila terkenangkan zuriat ataupun darah daging yang ada di depan mata. Itulah yang erna rasai sekarang ini. Syukur Allah kurniakan erna dan suami anak secepat mungkin. Sangat cepat Allah anugerahkan kami anak. Bersebab segalanya..kerana iman, kehidupan kami harini lebih kuat! Terima kasih Ya Allah..

Pada usia ini, lagi beberapa hari iman akan berganjak ke usia 1 tahun 2 bulan..akhirnya iman buktikan pada ummi dan babah serta pada seluruh ahli keluarga besar kami yang iman dah boleh berjalan. Ada bayi lain seawal 8bulan dah berjalan. Iman pula 8 bulan baru mula menyusur laju ke depan. Pada usia 8 bulan 2 minggu, iman mula merangkak laju ke hadapan dan sehinggalah ke usia menghampiri 1 tahun 2 bulan, iman mula melangkah sendiri. Hanya Allah yang tahu perasaan erna sebagai ummi. Bila setiap masa perkembangan iman berlangsung depan mata erna sendiri.

Al-kisah, bila menghampiri tarikh closing bisnes ummi pada setiap hujung bulan..ummi akan mula bz. Sabtu lepas ummi sibuk keluar ada cod barang dan lain-lain hal lagi ummi uruskan. Sesampai je ummi di rumah, Pak Long iman bercuti pulang dari sabah bagitahu pada erna, iman dah mula berjalan. Terkejut la erna kan..sebab tak pernah lagi nampak iman berjalan. So, ummi yang excited ni sibuk suruh iman berjalan. Bila erna cakap "tatih..tatih.." macam biasa iman hanya berdiri setempat dan goyang-goyang tangan macam menari. Bila erna cakap.."iman jalan..walking..walking..walking.." tiba-tiba iman melangkah terhuyung hayang dalam 4-5 langkah. Alahai...sayu hati. Terus angat iman dan cium berkali-kali. Mulalah ummi berdrama swasta cium iman sambil air mata bergenang =)

Tah perasaan apa yang nak di gambarkan. Erna yakin setiap anak berbeza perkembangannya. Setiap anak punya keistimewaan sendiri. Setiap anak, rezeki buatnya telah Allah aturkan. Erna tak pernah paksa iman berjalan sebab erna nak iman enjoy moment merangkak sepuas-puasnya. Sekarang ni, iman kurang merangkak dan mula bertatih-tatih. Setiap hari..jumlah langkah iman semakin panjang. Boleh sampai ke 10 langkah dan lebih lagi. Mesti lepas ni hati rasa rindu nak iman merangkak kecil ke arah ummi. Tak mengapalah..masa pasti terus berlalu. Walaupun harini tidak sama dengan semalam..harini adalah sejarah untuk hari esok. Move forward! Bukan backward! 

video



Merah --> ummi babah belikan
Hijau --> Acshu belikan

Maaf lah kalau nampak hover! hihihi
Anak orang lain kalauumur iman ni, dha berlari sana sini.
Tapi ini ummi berkongsi kegembiraan bila anak yang di kandungkan dah mula bertatih. 
Ummi bahagia.. =)

Bagi erna, bila melangkah...erna nak melangkah sejauh yang boleh ke hadapan. Tak nak lagi undur ke belakang. Cuma, erna selalu toleh kebelakang supaya ia menjadi pendorang buat erna untuk melangkah lebih jauh ke hadapan. Jika iman boleh jalan jatuh dan bangun semula untuk melangkah..kenapa tidak kami suami isteri? Allah hantarkan iman pada kami supaya kami sentiasa berfikir dan berusaha serta bersyukur. Iman juga guru kepada kami. Doa ku semoga kami sekeluarga sentiasa dalam redha Ilahi. Amin

JIKA BERMINAT UNTUK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE, BOLEH PM ERNA SEPERTI DETAIL DIBAWAH INI,


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

, ,

CONVERSATION

4 comments:

  1. yey!! lepas ni kurus la ummi kejar iman :)

    ReplyDelete
  2. anak kita dh nk setahun pun lom jalan lagi..tengah titi2..

    ReplyDelete
  3. Kina pun bru pndai berjalan ms umur 1 thn 2 bulan...tp die suke jugak merangkak sebab merangkak lagi laju dr berjalan..hehe..now dh nak masuk 1 thn 3 bulan jalan pun asek terpecok jek..hehe

    ReplyDelete
  4. mmg seronok bila anak mahir sesuatu.berjalan tu satu perkembngan yg sgt penting kot yg buat kita sebagai ibu terharu..sy dulu pun sama..Aiman berjalan masa umo 9bulan..betullah setiap anak tak sama..yg penting anak kita membesar ikut perkembangan umo..bijak dan comel!

    comei sunnguh kasut iman..:)

    ReplyDelete