Iman 1 Tahun 2 Bulan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Apa khabar aunty uncle semua? Kawan-kawan iman merangkap anak-anak aunty uncle semua sihat tak? Semoga semuanya sihat selalu.. Alhamdlillah..iman sihat dan cergas. Setiap hari ummi akan cakap kat iman.."iman..iman..anak ummi ni tak tahu penat ke...??" ummi selalu cakap kat jiran-jiran dan kawan-kawan ummi yang iman ni terlalu aktif dan stamina tinggi. Iman suka main dan merangkak sana sini tanpa henti. Ummi selalu pening sebab iman tak reti duduk diam. hihi kesian ummi.

Tapikan, iman selalu dengar ummi dan babah borak sesama mereka dan cakap.."takpela iman tu aktif. Bukan iman nakal. Iman nak explore. Kita jaga je sebaik mungkin.." Iman tahu yang ummi dan babah risau sangat kalau iman terjatuh. Kalau iman terjatuh, iman nangis. Tapi iman nangis kejap je. Sebab iman hero ummi dan babah. Nangis masa sakit time tu je. Lepas tu hilang sakit..iman aktif semula dan tak nangis lagi.

Sejak ummi tak kerja ni..iman rasa seronok sangat. Sebab hari-hari boleh hisap nenen. Kalau iman tengah main-main dan penat...iman merangkak je pergi kat ummi dan hisap nenen. Terbaru, iman tak cakap nenen lagi. Tapi iman pandai tarik-tarik baju ummi dan selukkan tangan iman dalam baju ummi. Sebab nak nenen. Ummi iman ni hebat..sebabnya, sambil susukan iman..ummi boleh lagi check email dan reply msg kawan-kawan ummi kat fb. Kalau aunty dan uncle semua nak tahu..iman ni kenal fb sejak dalam perut ummi lagi. Sebab ummi sangat suka main fb. Babah pun selalu cakap ummi..."kaki fb" hihi

Terbaru, iman dah pandai jalan tau. Tapi iman terpaksa berjalan sambil angkat tangan ke atas. Sebab iman nak balance badan iman. Nenek cakap, lagi 2-3minggu mesti iman dah boleh berjalan dengan kacak bergaya. Tak sabar betul iman nak berlari. Bertambah pening la kepala ummi nanti. Hihi

Alhamdulillah..iman seronok ummi ada dengan iman setiap hari. Selalu juga ummi minta iman doakan ummi berjaya dalam bisness Shaklee ummi. Ada juga ummi bawak iman pergi ke HQ Shaklee di Subang Jaya. Seronok iman tengok aunty-aunty dalam tu. Semua nak kaya dan berjaya macam ummi. Iman doakan aunty semua sama-sama berjaya dengan ummi.

Pada usia iman satu tahun dua bulan iman dah buktikan pada semua yang iman dah boleh jalan. Tok ma selalu tanya bila iman nak berjalan. Tok ma cakap sudah-sudah la merangkak. Sekarang iman dah berjalan tok ma ^__^ Nanti tok ma boleh la hadiahkan iman kasut untuk berjalan-jalan ye..

Ok la aunty dan uncle, kirim salam kawan-kawan iman ye. InsyaAllah..nanti iman mengarang lagi. Dah besar kan..kasi can la iman pun nak menaip kat blog ummi ni =P

Jika nak beli vitamin Shaklee dengan harga ahli, beli daripada ummi iman ye. Ummi jual 100% harga keahlian dan harga sangat berbaloi. Dapat free consultation juga. Best kan? Beli dari ummi ok!


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area PUCHONG, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA boleh hubungi erna untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Erna akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)

Share this:

, ,

CONVERSATION

4 comments:

  1. Best pasni bole la bawak iman jalan2 kat taman..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memang itu niat daku :)

      Delete
  2. salam erna.. sy bru je follow your blog.. i'm a mother of a 3 mnth bby gurl.. just nk tny erna psl breastfeeding coz i fully bf my bby tp lps anta nursery my ebm merudum..sedih sgt2.. shaklee pon i dah mik.. tp x mmbntu.. doc suggest fm. i try bg enfalac, pas 2 teguk ank i muntah2 n kluar merah2 1 bdn.. die alergik susu tu.. i still nk bf die cuma susu merudum sgt.. hope erna bleh bg advice.. i stress and sdh sgt sbb x dpt bf ank..







    ReplyDelete
    Replies
    1. dear shikin, u kena check apa punca susu u merudum. adakah u dah check konsep asas penyusuan u ok atau x. pam berapa kali sehari? minum air cukup atau x? baby direct feeding kerap atau x? emosi u macam mana? banyak faktor perlu di ambil kira :)

      i doakan u x putus asa dan terus berusaha bagi yang terbaik pada bby u :) ggod luck dear

      Delete