Check Up Iman Lagi

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Entry kalini adalah rentetan dari ENTRY INI. Harap sudilah klik LINK itu dan baca dengan seikhlas hati. Sebabnya mommy2 akan lebih faham kenapa iman ada check up kalini dan ada jugak beberapa info penting berkaitan pemakanan serta perkembangan anak anda dalam entry itu. Macam pening pulak baca..itu ini..itu ini..hehehe.

Tadi iman ada check-up lagi di Hospital Serdang. Appoinment pukul10 pagi. Kalau appoinment kat Klinik Pakar Hospital, mengikut pengalaman erna sendiri tak perlu tunggu lama sangat. Ramai orang fobia nak ke Klinik Kesihatan Kerajaan. Erna pun fobia jugak sebenarnya. Tapi, dah 2-3kali ada pengalaman ke Klinik Pakar Hospital, tak perlu tunggu lama. Macam tadi erna pergi bawak iman, sampai je..erna daftar untuk ambil no giliran. Kemudian bayar RM5 sebab ummi dan babah iman bukan kakitangan kerajaan. Memang orang kat kaunter tu akan tanya, "puan atau suami kakitangan kerajaan ke?" Lepas dapat no giliran, terus ke Klinik Pakar Paediatric (Pakar kanak-kanak) Sementara menunggu tu, sempat juga nenek iman suapkan iman makan. Siap-siap bawa bekalan untuk iman. Harini menu makan iman, oat + kurma + badam. Iman tak khusyuk makan sebab dia khusyuk tengok abang dan kakak kat klinik tu berlari sana-sini. Sampai tak tutup mulut anak erna ni tengok orang berlari.

Seperti biasa, masuk bilik saringan dulu. Timbang berat badan, ukur tinggi dan juga ukur lilit kepala. Masa naikkan atas penimbang iman ok. Rilex je..Tapi bila erna baringkan iman..sebab nak ukur ketinggian, mulalah dia menangis tak nak baring. Bila nak ukur lilit kepala..lagilah menjerit macam apa. Haih anak ummi ni..ingat nurse tu nak dera iman ke..nasib baik kat atas meja tu ada macam-macam patung dan macam-macam jenis permainan yang bunyi-bunyi. Leka la kejap iman bila erna tunjuk dia patung-patung tu :)

Masuk jumpa doktor, perkara pertama yang doktor buat..doktor rasa bahagian ubun-ubun iman. Alhamdulillah..bila doktor cakap ubun-ubun iman dah tak boleh nak rasa. Keras. Doktor cakap, pada usia iman sekarang ni..itu adalah antara perkembangan yang baik. Bila erna ceritakan semua perkembangan iman, doktor cakap..Normal! Alhamdulillah..lega sangat bila doktor cakap macam tu. Next, iman masih ada appoinment untuk check next perkembangan. Alhamdulillah..syukur sangat. Doktor ni lebih sempoi dan santai-santai je soalan dia. Doktor pun tengah mengandung. Tak larat barangkali. hehehe..Alhamdulillah syukur sangat bila doktor cakap perkembangan iman cantik. Bukan main iman tunjuk skill depan doktor bila kena buat itu dan ini. Anak bijak!

Berat Terkini 6/02/2013 : 8.3kg
Panjang Terkini 6/02/2013: 70cm
Next Appoinment: Ogos 2013

Bekalan makanan untuk iman.. Oat + Kurma + Badam

Sambil layan video di tab, Iman main bukak tutup jari-jari dia.
Nampak comel sangat sebab jari die kecik cenonet :)

Upah nenen ^__^

Rocker ni ada kat Klinik Pakar Kanak-kanak. Suka iman :)

Anak ummi.. :)

Iman, ummi I LOVE U!



Last........................




Iman main pill case ummi dan taburkan semua Alfalfa ummi. Uwaaaaa.....


Share this:

,

CONVERSATION

15 comments:

  1. alfalfa tuh.. hihihi.. takper la bukan rezeki.. :)

    Alhamdulillah.. Semoga iman terus sihat walafiat.. Aamiin..

    Salam kenal.. Salam singgah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..itulah bukan rezeki.

      salam kenal juga awak :)

      Delete
  2. wahhh habis terabur yee..semoga iman terus sihat dan sihat ..insyaallah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...aku nak makan kat cafe tu. dia x dok diam.bg main straw dia buang ke bawah. punya aku nk mkn..xtau nk bg main apa. bg la pill case. boleh pulak terjatuh. maka berterabur la alfalfa ummi...

      Delete
  3. bile next appoinment erna?hehe..tqa keje kt h.serdang.bhgn hasil..kaunter pendaftran klinik pakar tu sbhgn dr unit tqa(unit hasil)..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..erna ingatkan tqa keje kat bahagian pendaftaran. rupanya kat unit hasil..bulan8 nanti ada appoinment lg

      Delete
  4. habis terabur ubat ummi...hehe..xpe..nnt ummi beli lagi yeh..heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaa...ummi terkedu jugak masa berterabur tu. tp xkan nak marah iman pulak kan. sebab ummi yang bagi iman main.

      Delete
  5. alhamdulillah.perkembangan iman positif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lega sgt tqah..alhamdulillah

      Delete
  6. Semoga iman sentiasa sihat dan menjadi anak yg soleh, Aamiin. (^_^)

    ReplyDelete
  7. upah nenen ya? ehhee.. abeh ubat mahal.. hehe. tq sbb rjn jenguk blog sy.. ;p

    ReplyDelete
  8. iman dah besar dan sihat..Alhamdulillah =)

    ReplyDelete
  9. okey erna...nnt roger2 la tqa aw..lau dtg serdang lg..hehe..:D...

    ReplyDelete