Resepi Baby: Penyediaan Beras Untuk Bubur

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Rentetan dari entry ini, erna nak berkongsi cara penyedian bubur iman dan pada pendapat erna melalui apa yang erna dah buat setakat ni (atas bantuan ibu juga) cara ni membantu jugak la. Sebabnya bukan mudah nak sediakan bubur. Bukan mudah nak dapatkan tekstur bubur yang cantik dan sedap di makan oleh baby. Awal-awal plan iman makan bubur, kami suami isteri pergi Tesco. kebetulan memang nak shopping untuk barang dapur. Erna bagi iman makan 2jenis beras. Tapi, cuma beli peras perang je untuk iman. Beras wangi, iman share makan dengan ummi babah. Beras kami makan guna brand Jasmine. Beli jasmine sebab memang tengah ada offer time tu. Penjimatan di utamakan =) Erna share cara penyediaan beras untuk masak bubur dari gambar-gambar kat bawah ni ye..

Kiri: Beras wangi
Kanan: Beras perang

Lepas basuh beras bersih-bersih beserta bacaan Al-Fatihah, sangai beras sampai garing. Maksud sangai adalah, menggoreng tanpa minyak. Masa erna goreng ni, erna siap call ibu tanya betul ke sangai tu..goreng tanpa minyak. Kebetulan ayah yang jawab call, so ayah cakap..sangai tu goreng tanpa minyak macam sangai kelapa nak buat kerisik. Pandai ayah..hehehe =)

Lepas dah garing, kira beras dah kekunigan dan keras-keras..erna masukkan dalam bekas blander kering dan kisar beras wangi yang telah di sangai tadi. Kisar halus dan akan terhasil seperti dalam gambar diatas. Erna kisar halus sebab iman masih belum ada gigi dan tak nak kalau iman tercekik makan ketul-ketul.

Ini pulak beras perang. Masa erna sangai, ada bau lain macam sket la. Sebab bau beras ni kuat sikit dari beras biasa. Proses yang sama macam sangai beras wangi tadi.

inilah hasil selepas di kisar halus. masukkan dalam 2bekas berbeza ye..

Bila nak masak bubur untuk iman, erna akan ambil sesudu beras wangi dan sesudu beras perang. Ikut sukatan sudu makan kita tu. Suami belikan slow cooker bagi memudahkan urusan memasak bubur iman. Murah je slow cooker. Kami beli yang paling murah. RM79.90 brand Elba. So, masukkan dua sudu beras yang dah siap kisar halus dalam slow cooker dan masukkan je stok ayam, puree carrot atau apa-apa puree. Masukkan air lebih sikit. Tunggu dalam 30minit dah siap masak. Tak payah nak kisar lagi. Mudah dan bagi erna ini membantu kita ibu-ibu yang bekerjaya. Enjoy betul bila dapat masak untuk baby. Selamat mencuba

Share this:

, , , ,

CONVERSATION

11 comments:

  1. wahhhhhhh sonok ye dpt resepi mcm nih dear...tq so much..caring is caring...sure mesti sonok masak utk baby ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya yang terbaik untuk si manja :)

      Delete
  2. hari tu try gak goreng beras. tapi bertahan seminggu je sbb beras tu naik kulat. terus tak buat cenggitu. masak macam biasa pastu baru blend. skang pun tak blend halus dah sbb naila dah pandai mengunyah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? so far erna buat ok je.xpernah pulak naik kulat.kena goreng kering-kering dan letak dalam bekas kedap udara..kalau sempat, boleh je blend lepas masak.

      Delete
  3. aty pon tak goreng gak dulu...setiap kali lepas masak..baru blend...tak per kan kalau tak goreng dulu..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe..goreng sebab nak bagi tahan lama.erna nak cepat2 masak malam :P

      Delete
  4. nanti nak cuba untuk anak akak plak Aish..hehehe

    ReplyDelete
  5. boleh share tak sukatan air dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk sukatan air, agak-agak je..biar terlebih. Jangan terkurang. kalau terlebih..rasa macam cair sangat, boleh tunggu lama sikit sebab nanti air akan kering dan bubur sedikit pekat :) harap membantu la ye

      Delete
  6. wow this is great!thanks erna for the guide. :)

    ReplyDelete
  7. Anonymous28 June, 2013

    knapa gna beras perang dn wangi.rs dia beza dr beras biasa ke..

    ReplyDelete