Review Majlis Aqiqah dan Kenduri Kesyukuran Iman

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Peringatan kasih sayang: Ini adalah entry bergambar mencecah ke lantai.

Maaf lambat sangat erna nak me'review majlis aqiqah dan keduri kesyukuran iman. Majlis berlangsung pada 15 September 2012. Erna akan review seringkas yang boleh melalui gambar-gambar yang ada kat bawah ni. Ini adalah gambar dari photog yang kami hire. Erna suke photog ni. Baik dan sangat dedikasi. Memang nak promote pun kat kawan-kawan semua. Semoga photog majlis iman ni di murahkan rezeki. Amin. Tentang makanan pulak, mama mertua dan kakak ipar erna yang uruskan. Khemah pun mereka yang handle. Orang marhaban, ibu yang deal. Semua main peranan dan bertanggungjawab dalam majlis iman ni. Terpanjang pulak intro. Jom layan gambar.. Jurugambar - Studio Faruq



Kiri atas: Cookies yang erna tempah dari kawan ibu. Rasa sedap. Tapi lambat hantar sebab aunty tu cakap ada problem yang tak dapat nak elak. Last, ayah pergi collect sendiri kat ampang. Kul2pagi ayah pegi collect. TQ ayah.

Kiri bawah: Tq tag yang erna plan asalnya nak buat sendiri. Tapi last minit rasa tak sempat nak buat, so erna tempah dengan modal RM20 dapat 400 keping.

Tengah: Bunting iman erna tempah 2set. Erna bagi idea dan lakaran pada orang kedai dan mereka design untuk erna. Like!

Kanan: Pandangan khemah iman dari tepi jalan.



Kiri: Buaian berendoi iman, erna sewa di Si Manja Berendoi. Erna sediakan 100biji telur dalam sarung plastik. Ditepi kiri kanan buaian tu. Ibu yang tolong sattlekan urusan telur ni.

Orang marhaban, iman sibuk nak main. Ummi pun bersabar melayan iman =)



Masa ni, punyalah berusaha photog kami, faruq nak dapatkan pose terbaik. Habis besar dan lebar mulut kami senyum dan bagi iman happy.



Ini kononnya nak buat potret famili. Tapi iman dah max penat dan mula meragam nak tidur. So mana-mana pose yang mampu je kami ambil. Kesian iman masa ni. Jubah seluar suami dan baju erna beli di Kompleks PKNS Shah Alam. Jubah seluar iman, tok ma beli kat mekah.



Ini pulak gambar sepanjang majlis cukur jambul berlangsung. Pegang bakul tu, mama mertua. Nampak muda kan? Mama mertua erna, cantik macam orang muda tau. Selalu erna terfikir..tah macam mana rupa erna masa umur 50 macam mama. Mama maintain cuns!



Kambing golek 2ekor untuk iman dan ada juga satey, nasi beryani serta kuih muih, dadih, makanan memang banyak. Kambing golek memang sedap. Erna suka. Cuma daging masak hitam, daging tu liat sikit pada erna. Lain-lain semua ok. sedap.. Katering - DSerai Katering


Kiri: Uncle iman a.k.a adik ipar dukung iman.

Kiri: Mama mertua kasayangan daku

Tengah: Ibu erna bersama kesayangannya..

Kanan: Gambar bersama famili



Kesayangan kami semua



Kepenatan..



Alhamdulillah. selesai dengan baik majlis iman. Terima kasih pada semua yang terlibat. Terima kasih juga pada anda yang sudi baca entry ni. Jumpa lagi

Share this:

, ,

CONVERSATION

6 comments:

  1. suka tengok iman tido....

    ReplyDelete
  2. beshnte iman.. cam pengantin dah..hihi.. koz untuk majlis ni mesti mahal gak kan.. photog tu charge bape 1 day erna?

    ReplyDelete
  3. iman sangat comel~ alhamdulillah, selesai jugak majlis aqiqah ni. kambing tu yang di aqiqah kan ke?

    ReplyDelete
  4. Seronoknya majlis iman. Rugi auntie xdpt dtg. Kalau x, dh leh gomol2 iman. hehe

    ReplyDelete
  5. comel...tetibe rasa rugi plak tak dapat datang ari tuh :(

    ReplyDelete