Niat Tertunai. Iman dah Botak

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Sejak iman dalam perut lagi erna dah plan untuk botakkan kepala iman pada hari ke-7 dan beri nama serta buat sedikit kenduri kesyukuran pada hari ke-7. Tapi, seperti sedia maklum, iman masih lagi di hospital masa hari ke-7 kelahirannya ke dunia. Semua yang erna niatkan masa iman dalam perut dah tertunai. Melainkan buang semua rambut iman yang ada sejak lahir. Nak botakkan awal-awal, tak buat kenduri aqiqah lagi. Nanti kalau dah di botakkan, masa majlis cukur jambul tu, tak ada pulak jambul yang nak di cukur. Itu pun antara punca bertangguh-tangguh kami nak botakkan iman. Alhamdulillah, semalam terlaksana sudah niat yang erna simpan sejak berbulan lalu. 

Plan asal, nak mintak tolong moyang iman a.k.a atok erna yang tolong botakkan kepala iman. Tapi, atok tak sihat dan erna sepakat dengan suami bawa iman ke kedai gunting rambut yang suami biasa pergi. Nak botakkan dan cukur sendiri, suami tak berani. Erna pun mana berani nak cukur kepala iman. Kalau iman masih dalam pantang, tidur sopan je..ok la. Berani la jugak nak botakkan kepala dia. Sekarang ni, iman dah 7bulan. Dah pandai lompat dan tak duduk diam. Rasa mencabarlah pulak nanti sesi membotakkan kepala iman. So, kami suami isteri decide dan sepakat serah pada yang pakar. Suami awal-awal dah bagitau yang dia tak sanggup nak pegang iman. Takut kalau iman meronta-ronta. So, nak tak nak memang erna yang akan jadi super ummi pegang iman. Tawakal je masa erna duduk atas kerusi mamak gunting rambut tu.

Mulanya, iman ok. Diam je masa mamak tu pakaikan kami kain kuning alas untuk elak rambut terkena baju kami. Iman tengok mamak tu tak kelip mata dia. Owh ya, mamak tu ada tanya erna..nak cukur atau mesin. Erna mintak mamak tu mesin je. Mudah dan cepat. Mula-mula rasa lega sangat. Sebab iman senyap dan diam je. Siap ada sorang mamat ni yang tengah tunggu turn nak potong rambut, puji-puji cakap iman baby baik. Kalau baby lain sure dan melalak jerit tak nak potong rambut. Bila rambut dah mula tak ada, mamak tu nak kasi clear sikit-sikit baki rambut yang ada, iman dah mula gelisah dan nangis. Lagi iman tak selesa bila mamak tu macam pegang kepala dia kuat-kuat tak nak bagi iman gerak-gerak. Geram pulak ummi. Erna suruh stop kejap dan kami suami isteri pujuk iman. Acshu iman pun ada jugak temankan kami.

Malam semalam, masa iman tengah hisap nenen..ummi rasa geli-geli je sebab kepala iman yang dah botak tapi bukahlah licin. Tajam-tajam je rasa. Biasanya, masa iman tidur, erna akan usap-usap rambut iman. Ni dah tak ada rambut..tajam-tajam je erna rasa. Senyum sorang-sorang erna masa usap rambut iman. Nampak comel je bila dah botak. Sebab muka nampak penuh. Kepala pun bulat je. "Iman, iman comel. Iman bulat. Jangan sedih, nanti rambut yang baru tumbuh, iman tambah comel dan hensem dari biasa. Nanti kita style-style rambut ye. Ummi sayang iman"

Selesai jugak akhirnya.. Alhamdulillah.

Masa ni iman steady lagi 

Dah pendek bahagian tepi

Dah mula nak nangis masa ni. Mesin dah mula terasa kat kepala iman.

Sedih sangat tengok muka iman masa ni. Mengalir air mata di pipi.

Iman tetap comel di mata ummi dan babah. Malah makin comel!

Share this:

, , ,

CONVERSATION

8 comments:

  1. budak botak. tetap cumelll...

    ReplyDelete
  2. hye iman...botak ke ada rambut ke still comel kalau dah mmg comel...hehe

    ReplyDelete
  3. comelll..kat mana ko membotakkan dia ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pak aku slalu p guntg rambt anas kat flat2 blakang mekdi..dekat kedai baling.
      kedai atok anas ckp :) klo kat miri kedai kakak cine..gatai!

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Iman sgt hensem berkepala botak. ^_^

    ReplyDelete