Keluarga

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Kejap je dah masuk hari jumaat. Jumaat ni kononnya hari semangat bagi setiap pekerja. Sebabnya..besok dah hari sabtu dan ahad. Bolehla kita yang bekerja weekdays ni, berehat-rehat dirumah bersama suami dan anak. Menariknya di ofis erna kerja ni, setiap hari jumaat akan ada makan-makan free. Kami collect duit secara ikhlas dan setiap pagi jumaat datang je dengan perut kosong. Mesti seronok nak mula kerja pagi jumaat sebab sampai je ofis, dah ada makanan yang menanti. Sarapan pagi yang ringkas-ringkas. Tapi seronok bila makan sebab makan ramai-ramai termasuklah bos-bos pun join makan nasi bungkus dan kadang tu, ada jugak staff yang masak-masak. Ada jugak erna plan nak masak yang simple dan bawak ke ofis. InsyaAllah satu hari nanti =)

Bercerita soal hujung minggu di rumah, rasanya lepas pindah rumah sendiri nanti..harapnya lebih berkualiti dan privasi kehidupan kami sekeluarga. Syurga kecil hadiah dari mertua ni akan didiami oleh ummi, babah dan iman. Rumah yang bakal erna duduk ni, rumah mertua. Tak kisahlah rumah ini tinggi di atas langit, kecil sekangkang kera atau apapun, rumah ini, tetap syurga buat kami sekeluarga. Tetap hargai jasa baik mertua izinkan kami tinggal di syurga dunia kami. Masih merancang untuk memiliki rumah sendiri hasil titik peluh bersama. InsyaAllah..semoga Allah permudahkan jalan kami suami isteri untuk impian-impian yang dicipta bersama. Ameen. 


Ada sebuah kisah tentang sepasang suami isteri yang sedang berjalan merentasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar dan suaminya mengherdik isterinya dengan sangat keras. Isteri yang kena herdik ni rasa sakit hati, tapi tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir.. HARI INI SUAMI KU MENYAKITI HATI KU.

Mereka terus berjalan, sehingga bertemua sebuah laut dimana mereka memutuskan untuk mandi di situ. Si Isteri, mencuba untuk berenang namun nyaris tenggelam dan dapat diselamatkan oleh suaminya. Ketika isteri dah sedar dan rasa takutnya dah hilang, dia menulis di sebuah batu.. HARI INI SUAMI KU YANG BAIK MENYELAMATKAN NYAWA KU.

Suami bertanya : “Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir dan sekarang kamu menulis di atas batu pula?”

Isterinya sambil tersenyum menjawab : “Ketika hal buruk terjadi, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan itu dan aku mampu melupakannya.. Dan bila sesuatu yang baik dilakukan oleh suamiku, aku harus memahatnya di atas batu hatiku, agar tidak hilang tertiup angin waktu dan akan kuingat selamanya."

Dalam hidup ini selalu timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana sudut pandangan yang berbeza. Terkadang sangat menyakitkan, hanya kerana kata-kata luar atau juga kerana peristiwa masa lalu. Oleh itu cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan masalah yang lalu.. 

"Belajarlah untuk selalu MENULIS DI ATAS PASIR untuk semua hal yang MENYAKITKAN dan selalu MENGUKIR DI ATAS BATU untuk semua KEBAIKAN ...."


Semoga kita semua faham betapa berharganya sebuah "KELUARGA”.

notacomel: terima kasih suami sebab sayang isteri sehingga tahap ini. Terima kasih mertua untuk kasih sayang tak pernah berbelah bahagi. Terima kasih Allah untuk anugerah dan ujian ini. Alhamdulillah..

Share this:

, , , ,

CONVERSATION

6 comments:

  1. alhamdulillah..tqah doakan tqah mampu jd cmtu.. erna pon sama..doakan kebahagiaan keluarga kite sama2..amin..

    ReplyDelete
  2. suka n3 ni..sgt2 berharga utk lalui hidup yg penuh liku2..tq erna =)

    ReplyDelete
  3. keluarha yang bertunjangkan ajaran Islam, Insyaallah akan bahagia dunia akhirat. Sama2 kita bina keluarga bahagia. ^_^

    ReplyDelete
  4. sy pow harap keluarga sy akan bahagia..

    ReplyDelete
  5. ".. to love is to care, to care we must share..."
    get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000

    ReplyDelete