Food Feeder Nuby Iman

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

video

Sebenarnya dah lama ummi dan babah belikan food feeder ni untuk iman. Tersimpan je tak pernah guna. Puncanya food feeder ni ada kat rumah nenek. So, tertangguh je penggunaan food feeder ni. Beli food feeder ni masa umur iman belum 6bulan. Kiranya ini antara peralatan persediaan untuk iman mula terima solid food. Mangkuk, sudu dan cawan untuk makan semua dah ada. Semuanya hadiah dari kawan-kawan erna masa kelahiran iman. Ada 2 3 set pinggan cawan sudu untuk iman. Tak payah ummi babah beli semua tu. Jimat. Jadi kami sediakan peralatan lain. Mulanya, tak rasa pun food feeder ni perlu untuk iman. Tapi, ummi gatal nak beli. Masa tu, kami ke butik Anakku di ioi mall. Kami nak beli sippy cup untuk iman. Mudah untuk iman minum. Ummi ternampak food feeder, terus gatal nak beli. Babah? macam biasa la..apa saja berkaitan iman, babah ok. Cuma babah tanya la jugak, apa fungsi food feeder tu. Bila erna explain, terus babah setuju nak belikan untuk iman.
So, kelmarin adalah kali pertama erna guna food feeder ni. Lunch kat office haritu, erna beli pisang yang dah masak. Sampai rumah ibu, terus masukkan pisang dalam food feeder ni. Food feeder yang erna beli ni, brand Nuby. Sebenarnya ada lagi1 brand yang popular. Ramai orang jual online kat fb brand Kids Me. Siap ada tali boleh pin kat baju. Brand Kids Me ni, tempat letak buah tu, jenis getah. Food feeder yang erna beli ni, tempat erna masukkan buah tu..jenis kain. Ada jugak erna terbaca komen yang mengatakan kalau jenis kain tak elok. Tapi, untuk kali pertama erna dah guna ni, erna rasa ok je. Iman pun nampak selera makan buah guna food feeder Nuby ni. Mulanya, erna rasa food feeder ni berat untuk iman angkat. Tapi, bila dah dapat kat tangan iman, bukan main dia. Boleh tengok kat video di atas..iman sendiri pandai untuk angkat, dan masukkan buah dalam mulut dia. Iman akan hisap-hisap dan keluarkan dari mulut dia. Bila dalam mulut dah kosong, iman masukkan semula food feeder dalam mulut dia. Comel sangat tengok masa tu. Comot-comot iman makan pisang. Tapi ummi rasa comel sangat! Dah besar anak ummi..boleh makan sendiri.

Mula-mula, masa explain kat suami kenapa erna nak belikan iman food feeder ni..pertamanya sebab ummi gatal nak beli benda alah ni. hahaha..takdelah..walaupun gatal tu memang salah satu sebab nak ada food feeder ni, tapi..erna pernah bagi iman makan pisang. Khusyuk je iman makan..lepas iman hisap-hisap sebatang pisang tu, eh..pisang sebatang ke? sebijik la ummi erna.....ok, lepas iman hisap sebijik pisnag tu dalam kawalan erna, bila iman keluarkan je pisang dari mulut dia..terkejut erna sebab pisang tadi dah jadi pendek. Itu dalam kawalan erna tau. Tengok-tengok dah ada pisang besar dalam mulut dia. Kalau luar kawalan macam mana? tak ke tercekik iman nanti. Sebabnya..gusi iman pun dah kuat nak gigit pisang lembut tu. Maka, erna korek-korek mulut iman nak keluarkan pisang. Iman pun apa lagi..menangislah. Sian iman..sesi makan pisang sebiji dari tangan sendiri patutnya, best untuk dia. Yela, dapat makan sendiri tanpa bantuan ummi. Tapi, gara-gara ummi korek pisang dari mulut iman, iman rasa sedih. Nangis-nangis macam kena siksa. Itu antara sebab erna rasa suka dan berbaloi beli food feeder ni. Pisang tetap keluar dari lubang kecik tu..Rasa selamat iman makan macam tu..Iman pun enjoy!

Bukan main lagi! Bulat mata dapat makan pisang sendiri

Pandai tolak pisang tu masuk ngam ngam dalam mulut comel dia

I Love u sayang! Nanti ummi bagi iman makan buah lain pulak ye..

Share this:

, ,

CONVERSATION

11 comments:

  1. comelnya... lin tak sempat nak bg hafidh mkn guna tu... sbb da selesa guna sudu je.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula-mula erna bagi jugak iman makan pisang lenyek2 dengan ebm guna sudu :)

      Delete
  2. Ala, erna, xdpt tgk video tu. npe ek? geram tau tgk iman, pandai je tolak pisang tu msuk mulut. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tadi masa mula publish entry ni bermasalah. sekarang dah ok :) klik PLAY :)

      Delete
  3. erna! busha dah dapat. hehe :p

    ciman pun ade fedder ni. brand munchkin. sangat membantu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. orite wawa. itulah food feeder ni membantu baby kita try makan sendiri

      Delete
  4. Mcm besh jer..tak comot sgt tngn kan...nak try gak ar..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la..x comot sangat. tapi, kalau nak kata x comot, comot la jugak. hehehe

      Delete
  5. comel je iman.. suke bc blog erna..sbb sume ilmu ade kt cni..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu erna kalau melintas blog tqah, mesti doa cepat2 tqah dapat baby comel :) boleh kwn dgn abang iman. hehehe

      Delete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete