Makanan Pepejal a.k.a Solid Food untuk Iman

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

30hb Oktober 2012 adalah tarikh yang dinanti-nantikan. Siap highlight lagi tarikh tu. Tarikh yang kami suami isteri nanti-nantikan. Wah..suspens je bunyik nyer kan. Act, tarikh tu tarikh Iman genap 6bulan. Kami memang menanti saat-saat Iman boleh makan. Hooreee...Walaupun excited, tapi terpaksa tangguh niat untuk bagi Iman solid food. Iman mula makan lewat sikit dari tarikh 30hb oktober. Sebabnya masa tu erna di perlis ada konvo. Lepas tu, erna dah mula kerja pulak. Kesudahannya, hari sabtu erna cuti baru erna mula bagi Iman makan. Sebelum Iman mula makan, banyak jugak yang erna study tentang pemakanan baby ni. Lagi-lagi Iman adalah baby yang hanya minum Susu Ummi sepenuhnya. Walaupun kerja, erna nak usahakan bagi Iman makan homemade food. Hasil air tangan ummi yang mulus. Cewah... :) Ibu erna, banyak juga membantu sebab kadang erna tak sempat nak prepare. Kadang tu, erna sempat kukus je. Ibu yang tolong lenyek (blender) makanan Iman.

Dalam entry ni, erna nak berkongsi dengan bakal ibu, ibu-ibu dan juga nota untuk simpanan erna sendiri untuk masa hadapan mengenai pengenalan solid food kepada baby yang berumur 6bulan keatas. Nota ni nota mudah faham untuk erna. harap mudah juga untuk ibu-ibu semua. Kenapa 6bulan baru start bagi solid food? Kenapa bukan 4-5bulan? Sebabnya..ibu-ibu harus menyusui baby mereka dengan susu ibu sekurang-kurangnya hingga berusia 6bulan dan tidak dicampurkan dengan sebarang makanan lain. Termasuklah air masak. Tidak perlu air masak tu ye..Alhamdulillah, Iman adalah baby susu ummi sepenuhnya hingga berusia 6bulan. Kalau ikut kata ibu-ibu otai dalam susu ibu, dah dapat Diploma Penyusuan. InsyaAllah erna nak teruskan penyusuan untuk Iman hingga Iman berusia 2tahun.

1. Baby yang baru diperkenalkan dengan solid food, cukup sekadar makan sekali sehari. Nanti kalau dah biasa dengan solid food, boleh la bagi makan 2-3kali sehari. Mengikut pengalaman sendiri, awal pengenalan makanan kepada Iman, Iman hanya makan sekali je sehari. Tengahari masa erna bekerja, ibu akan beri Iman makan puree.

2. Jangan paksa baby makan banyak-banyak. Haaa..masa pertama kali erna bagi Iman makan, pisang menjadi pilihan erna. Kenapa pisang? Sebab tak payah ummi nak kukus. Ummi lenyek je. Sungguh pemalas ummi Iman ni. Hehehe.. Hari pertama, Iman makan kurang dari suku sebiji pisang. Kali kedua dan seterusnya, semakin banyak kuantiti pisang yang Iman makan. Kesimpulan disini, kalau anak baru mula makan, jangan paksa anak makan semangkuk penuh macam kita. Tak kisahlah walau sesudu dua yang masuk perut anak kita.

3. Mula beri anak makan dengan makanan yang sangat lembut. Maksud erna, bermula dengan puree. Erna memang tak plan untuk terus beri Iman makan bubur nasi. So, erna memang sediakan puree untuk Iman. Plan erna bermula dengan beri puree buah. Next, nak kenalkan Iman dengan puree sayuran dan baru nak campurkan buah sayur. Bila Iman dah nampak serasi, erna nak bagi Iman makan bubur pulak. Owh excitednye ummi!

4. 4day rule. Ini pulak rule yang memang erna guna pakai dan semua ibu boleh guna cara ini. 4day rule ni, kita akan bagi baby makan ikut menu yang sama ikut selang 4hari. Contoh, hari isnin bagi baby makan puree pisang hingga khamis. Jika tiada masalah penghadaman dan tak naik apa-apa alergik, maknanya baby anda ok dan sesuai dengan makanan yang anda beri. Jumaat, boleh bertukar kepada menu yang baru =)

5. Pelbagai jenis buah kita boleh beri pada baby kita. Tapi jangan bagi buah yang macam tau. Contohnya buah oren. Walaupun oren tu manis, sangat tak sesuai untuk baby. Ini plan puree buah untuk kesayangan erna, Iman Zikir; =)

- Puree Pisang
- Puree Apple
- Puree pear
- Puree Betik
- Puree Avocado

Untuk puree sayur pulak, erna plan bagi; Jangan beri sayuran yang berangin atau sejuk ye. Kesian baby tau..

- Puree Labu
- Puree Kentang
-Puree Carrot

Kalau dah jemu dan ketandusan idea, erna nak campur je buah dan sayuran dalam satu hidangan untuk Iman.

6. Digalakkan campurkan puree yang kita buat dengan susu ibu. Sebab rasa susu ibu masih kekal dalam hidangan dan baby takkan rasa terlalu pelik dengan makanan baru yang diterima. Susu ibu kan perisa yang sedap dan selamat untuk baby kita.

7. Tekstur makanan untuk baby yang baru mula makan ni, biarlah halus mulus. Macam mana nak tau halus, kita try angkat makanan tu dengan sudu dan jika puree mengalir jatuh dari sudu, itu tandanya puree cukup halus mulus dan sesuai untuk baby makan.

Gambar ni tiada kena mengena dengan entry ini. Inilah Ma Mai, Iman. 
Ma Mai adalah singkatan kepada Mama Maisarah ^___^

Ini pulak bam bam kesayangan kami sekeluarga. Beriya Iman tengok video kat youtube.

Erna nak buat entry bergambar cara erna sediakan puree pertama untuk Iman. Puree pisang+susu ummi nyum nyum. Gambar-gambar ada dalam personal laptop. Ini menaip guna laptop office. Next entry erna cerita perihal puree pisang susu ummi nyum nyum ye. Wah..bukan main panjang nama resepi erna. hehehe

Share this:

, , , ,

CONVERSATION

10 comments:

  1. gebunye iman..geram =))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...tak larat ummi nak dukung lama-lama

      Delete
  2. Replies
    1. ammar pun aku dah nampak ciri-ciri bakal gebu macam iman :)

      Delete
  3. amboooii pipi iman... mau ciyomm byk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...memang selalu kena cium kuat-kuat pipi die tu :P

      Delete
  4. waaa...skang sudah semakin mahir...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar dari ira yang pakar jugak :)

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Anonymous03 June, 2013

    It's perfect time to make some plans for the future and it's time to be happy.
    I've learn this publish and if I may just I wish to counsel you some interesting issues or advice. Perhaps you can write next articles relating to this article. I want to learn more things approximately it!

    Also visit my homepage; how to get pregnant guide

    ReplyDelete