Selamat Hari Lahir Ayah - 1 SEPTEMBER 1959

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...


Sejak zaman sekolah sampailah dah ke zaman universiti, mesti akan terima soalan.."erna lebih rapat dengan siapa? ibu ke ayah?.." memang tu soalan yang akan erna terima sejak dulu lagi. Rasanya kawan-kawan pun pernah terima soalan yang sama. kan? Tahla..untuk jawab soalan yang ni, tak tahu nak jawab yang mana satu. Sebab..sejak kecil memang terang lagi nyata erna ni anak manja ayah. Even sekarang dah ada adik pun, adik selalu cakap yang.."kak ngah anak kesayangan ayah"..adik cemburu! hehehe

Masih ingat lagi..masa erna masih sekolah tadika, umur 6tahun kena cucuk dilengan. Lupa pulak apa suntikan yang erna terima masa tu. Ok,masa nurse suntik..ibu yang teman dalam bilik suntikan. Erna ok je. Tak nangis pun..relax je. Bila keluar dari bilik suntikkan tu, nampak ayah..terus nangis pergi kat ayah. Owh ho..mengada sungguh anak ayah yang ni. Lagi, masa sekolah rendah..kami sekeluarga tinggal di flat dewan bandaraya. Rumah kami tingkat 16. Tinggi kan? Pernah sekali tu..erna nak pergi tuisyen. Rasanya..masa tu darjah4. Erna dalam lif..tiba-tiba lif rosak. Dah la sorang dalam lif tu. Bila orang ramai tau ada orang yang tersekat dalam lif rosak, mereka semua nak umpil pintu lif. Alhamdulillah..boleh buka dan erna keluar steady je. Dalam keadaan relax and steady tadi, tiba-tiba nampak ayah berjalan ke arah erna. Automatik, air mata berderai dan pakej peluk ayah nangis-nangis cakap tak nak pergi tuisyen. Fobia la kononnya..Pernah jugak..lif kat flat kami tu dibaiki. So, pagi nak pergi sekolah ayah yang hantar. Ayah akan pikul beg sekolah erna yang berat tu dari tingkat16 ke bawah. Setiap hari masa sekolah rendah, ayah yang hantar ke sekolah. Tengahari ayah ambil..sekali lagi ayah yang akan pikul beg sekolah naik ke tingkat16. Lagi1 peristiwa yang tak pernah lupa..ayah, erna dan abang erna pergi kedai runcit sebelum kami balik kampung. Biasalah kan..kalau balik kampung sure bawak bekal makanan ringan nak makan-makan dalam kereta. Ayah nak belikan kami keropok. Abang nak twistis warna coklat perisa kari tu. Erna pulak nak twistis merah perisa cheese. Ayah terus cakap kat abang.."ayah nak beli 1keropok je. Duit tak cukup. Kita ikut ucu. Ucu kan adik.." dengan muka tak puas hati abang berlalu dan erna senyum-senyum suka berdiri tepi ayah masa ayah tengah bayar. hehehe..kenangan semua tu.

Masa terus berlalu. Erna ke sekolah asrama..ke poli..ke universiti..ayah mesti hantar dan ambil setiap awal dan hujung semester. Ayah pantang dengar erna sakit mesti ayah cepat-cepat nak datang melawat. Paling best, biasanya ayah bukan je datang melawat..biasanya ayah akan ambil bawa balik. Cuma masa erna di universiti je ayah tak datang kalau erna sakit. Sebab jauh nun di perlis masa tu. Ibu selalu pesan itu ini kalau hantar erna ke asrama atau..kalau ibu datang melawat. Ayah tak banyak cakap pun. Cuma mudah betul air mata ni keluar bila ayah yang keluarkan pesanan. Masih ingat kali pertama ayah hantar ke perlis, sebelum balik tu..ayah pesan belajar elok-elok dan ayah gosok kepala erna. Owh sangat terharu dan melimpah ruah jugak air mata keluar masa tu. Pernah jugak masa sem pertama dapat markah test subject Analog, menangis call ibu cakap markah rendah. Bila ibu bagi erna cakap dengan ayah..mudah je ayah cakap.."buat apa nak nangis. Dah dapat markah dah pun..ok la tu. Ayah rasa ok je..sebab mesti dah buat sehabis baik kan? takkan nak buat main-main dan takkan saja-saja nak markah macam tu..jangan nangis..ok la tu.." ingat lagi ayah cakap untuk tenangkan hati yang tersangat sedih sebab markah sikit sangat. hehehe

Sepanjang hidup ni juga..erna menyesal pernah buat ayah tumpah air mata. Gara-gara tak dengar cakap ayah dulu. Masa tu rasa keputusan sendiri yang betul dan tepat. Berani sungguh erna berdepan cakap dengan ayah meluahkan rasa hati yang di pengaruhi syaitan masa tu. Menyampah betul kalau ingat peristiwa itu. Bermati-matian erna membela dia yang akhirnya mudah-mudah melukakan erna. Siap ber'sms erna dengan ayah sepanjang minggu tu sebab nak meluahkan rasa hati. Ayah pulak tak marah pun. Cuma setiap kata-kata ayah masa tu buat erna rasa sedih. Bila dikenang semula..setiap yang ayah cakapkan tu, tak patut pun erna nak rasa sedih. Sebaliknya..setiap kata-kata ayah adalah kata rayuan kepada anak. Sedih terlampau bila kenang peristiwa itu..erna bermati-matian membela dia yang akhirnya senang-senang membiarkan orang lain yang tak pernah tahu tentang erna, tak pernah kenal erna, bercakap yang bukan-bukan tentang erna. Banyak berhabis pulak tu. Ungkit ke ni? Sampaikan simpanan nak beli hp sendiri pun diketepikan sebab kesiankan dia nak hp baru dan broadband katanya. Bodoh? Penyesalan paling besar! Kan dah menitis air mata sekarang. Emosi. 

Sudah! Ini entry tentang betapa sayangnya erna pada ayah dan betapa besarnya sayang ayah pada erna. Bukan entry tentang emosi serta penyesalan masa lalu. Alhamdulillah syukur ALLAH masih kurniakan ayah kesihatan yang baik. Pada usia ayah sekarang..ayah mampu tersenyum lihat erna dah berumah tangga. Masa erna sedih baca aku janji taat setia pada suami masa akad nikah tahun lalu, sempat juga erna menjeling ke arah ayah. Nampak riak dan air muka sedih ayah. Tah apa yang ayah fikirkan masa tu. Yang pasti, muka ayah nampak sedih. Mungkin sedih nak melepaskan seorang anak ke tangan lelaki lain. Lagi yang buat erna gembira, bukan je ALLAH izin ayah tengok erna berkahwin..ALLAH izinkan juga ayah merasa title atok. Sebab suami adalah menantu sulung ayah dan iman adalah cucu sulung ayah. Iman adalah segalanya pada kami sekeluarga. Iman penyeri kebahgiaan kami sekeluarga. Ayah selalu berangan nak hantar iman ke sekolah nanti. Insyaallah dalam 2-3tahun lagi. Semoga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik dan panjangkan umur ayah. Amin


Selamat Hari Lahir Ayah..
Semoga Allah sentiasa memberkati hidup ayah di dunia dan akhirat.
Semoga ayah di kurniakan kehidupan yang baik dan bahagia berpanjangan.
Sentiasa mendoakan agar ayah di kurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Sentiasa mendoakan ayah dikurniakan kesihatan yang baik dan cepat sembuh dari sakit telinga.
Sayang ayah hingga hujung nyawa ucu!


Gambar raya tahun 2010 

Muka macam tu sebab tengah demam

Share this:

,

CONVERSATION

2 comments:

  1. Happy Birthday pak cik Zamri. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..tq2 bagi pihak pak cik zamri :)

      Delete