Check List Majlis Aqiqah

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...

Entry lepas erna ada mention sikit tentang majlis aqiqah iman dan kenduri kesyukuran kami suami isteri yang bakal berlangsung lebih kurang 2minggu dari sekarang. Dalam entry ni ada mention kenapa baru sekarang nak buat majlis aqiqah iman dan kenduri kesyukuran perkahwinan erna untuk side suami. Kiranya majlis yang bakal berlangsung nanti, untuk iman, ummi dan babah. Satu majlis, kami kongsi bersama =)

Puas erna meng'goggle sana sini carik info tentang check list majlis aqiqah. Bukan main susah nak jumpa. Ada pun sekadar entry biasa-biasa. So, entry ni khas untuk check list majlis aqiqah dan kenduri kesyukuran yang bakal berlangsung nanti. Ini mengikut perancangan simple erna yang tak berapa pandai jadi planner. Apapun, untuk majlis ni..dah pasang niat nak buat sehabis baik untuk iman, suami dan diri ku sendiri. Sebab majlis ni untuk erna juga =P

Secara ringkas apa itu Aqiqah

Aqiqah ialah binatang sembelihan sebagai tanda kesyukuran di atas kelahiran seorang anak. SINI ada lebih info =)

1- Katering - DONE

MIL & SIL yang uruskan perihal katering. Recomended by aunty ina jiran depan rumah MIL yang dah pernah guna khidmat katering ni untuk majlis aqiqah baby zara. Baby zara ni cucu aunty ina. Dah bayar deposit untuk katering. Sedap atau tak, tunggu lepas majlis. Erna akan review =)

2- Kambing golek aqiqah - DONE

Ini juga diserahkan kepada pihak katering. Pihak katering dah siap minta nama penuh iman dan akan beri kami sijil bukti penyembelihan untuk aqiqah atas nama Muhammad Iman zikir Bin Mohd Hafiz.

3- Canopy and deco - DONE

Again, recomended by aunty ina. MIL best friend =) Kami sewa 2khemah siap scallop.

4- Group Marhaban - DONE

Ini pula ibu yang tolong uruskan. Ketua kumpulan marhaban ni, kawan berhampiran rumah ibu. Hasil perbincangan bersama ibu dan MIL, kami setuju untuk request 20orang ahli kumpulan marhaban wanita. 

5- Goodies / Gift - 

Masih pening nak buat keputusan tentang gift yang nak beri kepada para tetamu yang datang nanti dan masih tak tau nak bagi special gift apa kepada group marhaban. Paling lewat, esok kena ada keputusan nak bagi gift apa. Sebab perlu prepare siapkan goodies cepat2. Semangat!

6- Buaian Berendoi / Buai Berhias - DONE

Act erna kurang setuju ada buai ni. Sebabnya iman dah nak masuk ke usia 5bulan. Tak sure dia nak duduk diam dalam buai atau sibuk-sibuk nak keluar dari buai nanti. Lebih menakutkan kalau tiba-tiba iman nangis tak nak duduk dalam buai berhias tu. Harap iman behave sepanjang majlis. Babah yang berniat dari awal nak sewa buai untuk majlis iman. Erna tak nak larang. Sebab budget dari babah bukan ummi =P Buai dah dapat yang berkenan dihati dan harga berpatutan. 

7- Photographer - DONE

Baru je bayar deposit pagi tadi. Harga juga berpatutan. Under budget itu yang penting! hehehe Erna harapkan hasil nanti adalah hasil yang baik. Meletakkan kepercayaan kepada photog. Kesuntukkan masa nak memilih. InsyaAllah pilihan yang erna buat ni tepat. Amin

8- Kad jemputan dan Centrepiece

Erna plan nak DIY je. Bila adik erna tau yang erna nak DIY..tak henti-henti adik perli. Katanya dia tahu yang kakak dia ni malas nak ber'DIY. huhuhu Harini memang target nak siapkan kad jemputan dan centrepiece. Go! go! go!!''

9- Outfit Ummi Babah Iman

Mungkin kami suami isteri akan recycle mana-mana baju yang bersesuaian dengan tema majlis. Iman pulak..kami plan nak pakaikan jubah yang tok ma beli di mekah masa pergi umrah. Kiranya..untuk outfit ni masih belum ada keputusan yang tetap.

Ini yang erna ingat la. Rasanya dah complete list ni untuk majlis aqiqah. Kalau ada apa-apa yang kurang, harap comment sini ye..

Ini plan asal..turquoise dan putih


Tapi, gabungan warna ni pun cantik jugak..idea???

Harini kena buat keputusan warna tema!

Share this:

,

CONVERSATION

9 comments:

  1. Yang combination colour tu sangat cantik..i like!

    ReplyDelete
  2. purple turqoise tu cun sgt =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nak buat warna tu :)

      Delete
  3. yang, akak vote yg kaler purple turqoise tu. jarang nmpk org guna kaler tu lagi...cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ voting dan sekurang-kurangnya memberi idea :)

      Delete
  4. untuk goodie bag kan.. erna pergi mydin tingkat atas sekali untuk barangan borong. kat situ bnyk idea boleh bg. banyak gak barang2 islamic untuk kita bg orang. try la mydin subang. lin baru beli tasbih dengan paper bag untuk kenduri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lin.tq for the good idea :) erna masih xtau nak bagi apa untuk goodies.mungkin kalau dah sampai situ akan tau lah nanti apa yang nak bagi pada tetamu. harap macam tu lah

      Delete
  5. baguslah erna ni...
    siap ade checklist untuk majlis aqiqah lagi...
    Semoga semuanya berjalan lancar ye.. =)

    ReplyDelete