Suntikan Imunisasi ke-3 & Baby Carrier Pilihan Hati

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..


Sepatutnya tarikh iman dapat 3rd suntikan vaksin pada 5julai. Tapi erna bawak iman ke klinik lewat sehari. Mujur ada leya dan tini boleh temankan erna ke klinik. Sebab car seat iman belum beli lagi. Plan nak beli bila dah balik KL nanti. Munir dan mai ada kursus. So,mereka tak dapat temankan erna ke klinik. Kami pergi klinik lebih kurang kul12. Dah lewat jugak baru gerak. Biasalah ibu muda yang nak siapkan iman, siapkan diri sendiri,ambil masa jugak tu. hehehe.. sampai je kat klinik, macam biasa..bukak baju, seluar, pampers, stokin dan barut. Baringkan atas penimbang. Masa ni bercakap sendiri dalam hati, "besar dah anak ummi..dulu baring atas penimbang ni kecik je. Sekarang dah penuh mangkuk penimbang dengan badan iman.." Tinggi,berat, semua ok. Alhamdulillah...sesuai dengan usia iman. Iman kena cucuk untuk suntikan imunisasi untuk dos yang ketiga. Ya Allah..pandai nangis. Nangis sungguh-sungguh masa kena cucuk. Bukan nangis sikit-sikit. Nangis beriya-iya sampai hilang-hilang suara. Tak macho la iman ni..ish


 Perkembangan iman yang masih berusaha nak meniarap. Masa ni, hampir-hampir berjaya. Banyak kali iman cuba dan erna tak henti-henti sorak bagi sokongan. Takpelah iman sayang..take your time ^__^

 Sebelum dapat suntikan imunisasi ke-3. Alhamdulillah iman sihat 

Jarum penimbang menunjukkan berat iman 5.7kg. Tapi iman gerak-gerak sikit dan berat sebenar iman adalah 5.9kg. Alhamdulillah..sihat berkat air susu  badan ummi,rezeki dari Allah.

 Balik dari klinik, erna bawak iman ke Support Group Meeting (SGM) untuk mommies yang menyusukan anak. Masa erna masuk bilik meeting, semua dah berkumpul. Mereka dah mula buat sharing. Erna di minta perkenalkan diri. Erna je student dalam bilik meeting tu. Mommies lain semua lecturer, dr. dan staff UniMAP. Best sangat. Bukanlah formal majlis tu..santai-santai je. Berkongsi ilmu penyusuan yang ada. Macam-macam soalan yang timbul. Ada sifu-sifu yang tolong jawabkan. Lagipun ada lecturer erna yang memang peer counselor dikalangan kami. Bolehlah dia berkongsi lebih ilmu dengan kami yang ada dalam meeting room tu. Apa yang buat erna lebih teruja pada haritu, ada demo dan sharing tentang penggunaan carrier. Nak dijadikan cerita, iman lah model pada masa tu :P Sebabnya mommies yang lain tak bawak anak. Yela..SGM time rehat hari jumaat. Erna je yang bawak anak time tu. Merasa jugaklah erna guna carrier-carrier yang ada. Ring Sling je erna tak guna. Selama ni,suka sangat tengok baby wrap. Merasa jugak erna time tu gendong iman. SSC atau Soft Structured Carrier pun erna try jugak. Tapi, erna lebih suka guna wrap. Balik dari SGM, laju je erna google baby wrap yang ada dipasaran. Macam-macam ada. Harga pun cantik! huhuhu...Tak pernah terfikir pulak harga baby wrap ni nak dekat sama dengan harga stroller atau buggy. Brand yang erna aim, Jumps dan harga baby wrap ikut size erna..4.5m = size 5 = RM219. Kena kerja keras nak dapatkan baby wrap. Mesti usaha sampai dapat ^__^


 Seronok..SGM santai

 Puan Aznor merangkap sifu sejak iman dalam kandungan. Banyak erna refer pada Pn.Aznor dan pn.Aznor adalah peer conselor yang dilantik untuk negeri perlis :)

 Pn.Zarihan. Pakar baby carrier ^__^

 Iman tidur dan wrap yang tak adjust betul lagi masa ni. Tu nampak kepala iman lentuk. Tapi sangat bahagia masa dapat pakai wrap ni. Iman pun mesti rasa selesa dalam dakapan ummi.

Ini pula SSC (Soft Structured Carrier) erna prefer yang ni bila iman dah besar sikit.

Share this:

,

CONVERSATION

8 comments:

  1. erna..yg wrap tu tqah penah tgk de org yang diy.. xsampai 100 pon die jual.. xingat blog die..huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa yeke.kalau ada org diy boleh la beli murah sikit.nanti klu ingat bgtau la k

      Delete
  2. rasa mcm yg last tu lg senang kan.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. last memang senang.tp yg 1st best! :)

      Delete
  3. Erna...aah,ira pon penah jumpe wrap tuh org diy...72 ringgit je klu xsilap...tapi da xingat blog mana...memula ira nk beli yg tuh gak, tp husband ira tuh cerewet sikit...katanya nanti beli yg org diy je, karang kalau kain tak kuat ke mcm ne...huhuhu...so beli la yg mahal...

    Klu ikutkan ira, baik beli yg murah jea...jimat ;)

    Ira pon ingat nk beli ssc utk alysa nti masa g bandung...senang n selesa...harap2 ada lar rezeki lebih utk alysa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke?klu dpt yg diy murah,apa salahnya kan?byk jugak org nk let go.utk permulaan,erna rs beli yg org let go pun ok jugak.tul x?

      klu ira g bandung nt,beli la ssc.sng ira nk berjalan.lgpn ssc blh pakai smpai alysa besar sket :)

      Delete
    2. yeke?klu dpt yg diy murah,apa salahnya kan?byk jugak org nk let go.utk permulaan,erna rs beli yg org let go pun ok jugak.tul x?

      klu ira g bandung nt,beli la ssc.sng ira nk berjalan.lgpn ssc blh pakai smpai alysa besar sket :)

      Delete
    3. yeke?klu dpt yg diy murah,apa salahnya kan?byk jugak org nk let go.utk permulaan,erna rs beli yg org let go pun ok jugak.tul x?

      klu ira g bandung nt,beli la ssc.sng ira nk berjalan.lgpn ssc blh pakai smpai alysa besar sket :)

      Delete