Meniarap

Assalammualaikum dan Salam sejahtera..


Malam semalam masa erna tengah sibuk check order customer OhShawl, babah iman sibuk-sibuk panggil erna suruh tengok apa yang iman sedang buat. Wow..surprise bila apa yang erna saksikan iman tengah berusaha nak meniarap. Erna kelam kabut amik tab yang tengah cas sebab nak rakam pencapaian meniarap iman pada usia 3bulan++. Lagipun,doktor dan nurse yang check iman ada pesan pada erna supaya rekod setiap perkembangan iman. Iman kan ada masalah paru-paru masa awal kelahiran. So,erna memang kena ambil tahu dan rekod setiap perkembangan iman. Syukur Ya Allah.. Sebenarnya dari perlis lagi dah nampak iman dalam usaha untuk meniarap. Cuma iman masa tu hanya mampu mengiring je. Masih tak berjaya nak meniarap. Iman dah buktikan pada ummi dan babah :)


2 kali iman meniarap depan ummi dan babah. Bersungguh-sungguh dengan mulut pot pet pot pet iman berusaha nak meniarap. Bila iman dah meniarap, iman masih tak pandai nak balance badan sepenuhnya dan angkat kepala pun kejap-kejap je. Tangan pulak iman tak pandai nak tarik keluar. Iman timpa tangan dengan badan bam bam dia tu. Kami suami isteri sorak-sorak dan tepuk tangan atas kejayaan iman. Bila iman dah nampak lemah dan mulut mula nak nangis, erna cepat-cepat angkat dan baringkan iman macam biasa. takutla kalau iman penat dan lemas. huhuhu.. Kali kedua iman meniarap sendiri jugak dan memang kagum bila tengok iman berusaha nak meniarap. Cuma..percubaan kali ketiga, awal-awal iman dah nangis. Suami tak sampai hati tengok iman gelisah dan cepat-cepat angkat iman. Harini, erna tunggu je iman meniarap..tapi tak meniarap la pulak. Mama mertua bagitahu..kalau baby yang baru meniarap ni, bukanlah setiap hari akan meniarap. Awal-awal ni, selang 2-3hari baru akan meniarap semula. 



Iman sayang,  
Tahniah untuk pencapaian kalini. Ummi bangga dengan iman. Ummi suka iman yang gigih usaha nak meniarap. Ummi nampak usaha iman nak meniarap. Sampai keluar air mata dan keluar air liur iman berusaha nak meniarap. Ummi banyak kali bagitahu iman, ummi tak nak paksa iman cepat-cepat meniarap atau cepat-cepat capai sesuatu perkara. Apa yang ummi harapkan, iman takkan pernah berhenti usaha untuk capai kemajuan dalam hidup iman. Ummi dengan babah happy sangat dapat tengok live iman meniarap. We love u sayang..membesarlah menjadi anak soleh dan anak harapan ummi babah. Semoga Iman sentiasa dalam lindungan Allah. Amin

Share this:

, ,

CONVERSATION

6 comments:

  1. wah.. gud luck iman.. usaha lagi ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ aunty tqah yang comel :)

      Delete
  2. Yeah... Berjaya... :)

    ReplyDelete
  3. wah anak sy baru semalam mcm berjaya dengan tidak je meniarap..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iman pun macam tu juga awal-awal. bukan main bising mulut dia nak meniarap. plan plan nanti pandai la meniarap setiap hari :)

      excited kan tengok anak kita meniarap :)

      happy

      Delete