Tips bawa baby naik Kapal Terbang

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...


Bila baca semula entry sebelum ni, banyak betul typo. Al-maklum erna menaip dalam keadaan kelam kabut. Rindu nak update blog tapi kekangan masa menyebabkan hanya sempat intai-intai dan blogwalking. Tak sempat pulak nak mengupate blog ni. Banyak nak dikongsi. Seronok bercuti walaupun hanya seminggu tapi memang best! Kalau ummi best, iman pun best. Dapat jumpa suami :) dan dapat jumpa ahli keluarga yang lain. Kalau ikut booking tiket awal-awal haritu, erna sepatutnya terbang dari KLIA ke Alor Setar pada 25jun. Tapi erna rasa tak puas cuti dan suami pun tak puas bersama dengan iman, suami pun suruh deal semula dengan MAS untuk tangguh tiket penerbangan. 


Ni nak story pasal erna dilarang check in dan secara automatik tak dapat fly Alor Setar ke KL pagi 20jun2012 haritu. Puncanya terlewat 10minit sampai airport. Malam sebelum bertolak tu, erna bertungkus lumus siapkan report FYP dan print 3copy report untuk dihantar kepada panel pemeriksa. Sampai ke subuh erna tak tidur. Iman pun awal pagi erna dah kejut bangun dan ibu tolong siap-siapkan iman. Flight kami kul8.40pagi dari Alor Setar. Pagi tu, terlambat sikit dan sampai je kat airpot..dah tak boleh nak check in. Kaunter dah tutup. Masa tu, bukan erna ibu dan iman je yang tak boleh check in..ramai lagi. Adalah dalam 10orang penumpang. Geram tahap tertinggi bila kami terpaksa tunggu manager Air Asia Alor Setar turun jumpa kami bagi explaination. Masa tu, ada masa lagi 30minit sebelum masa yang dijadualkan akan fly. Rasa geram sebab..kalau la dorang lepaskan je, sempat sangat. Ni kami terpaksa buang masa tunggu manager tu datang. Konon nak explain. Lagi1, siap bagitahu kat kami penumpang yang dah tak boleh nak check in, sila rujuk rules and conditon. Jangan nak marah dan memang Air Asia tak bertanggungjawab. Masa tu,mula la rasa nak marah..kalau Air Asia tangguhkan peberbangan, tak pulak kami sebagai penumpang ni nak kecoh..huh..memang emosi masa tu. Bukan tak mengaku silap sebab terlewat. Tapi geram sangat..kalau bagi check in, memang boleh terbang pagi tu. Bila kawan-kawan dan abg bagi advice web check in senang..baru la terfikir yang selama ni..tak pernah web check in. So, peringatan untuk diri sendiri, next time nak web check in je senang..

Dengan perasaan susah hati, terpaksa call suami yang bersemangat waja nak jemput kami kat airpot. Bagitahu yang kami semua taertinggal flight. Suami tak marah dan terus bagitahu carik tiket baru cepat dan mesti fly pada hari yang sama. Walaupun suami macam cool, tapi erna tau erna dah buat silap dan memang rasa takut masa mula nak bagitahu tu. Erna plan nak beli online je murah. Tapi suami cakap..beli je kat kaunter. Suami tak nak kalau lewat-lewat beli. Erna pun cepat-cepat tanya kat kaunter Air asia dan MAS. Kesimpulan disini, memang prefer naik MAS dari Air asia. Layanan best..selesa pun selesa jugak..muatan barang pun sangat berbaloi. Rezeki kami, tiket balik KL yang kami beli lebih murah berbanding MAS. Maka kami pun terbang ke KL kul 9.20mlm. Alhamdulillah..iman pun ok. Tak ada meragam. Sangat baik anak ummi...LOVE!

Tips bawa baby naik Kapal Terbang;

Sebelum beli tiket haritu, erna ada la meng'google' apakah tips membawa baby naik kapal terbang. Kalau pun mak dah biasa naik kapal terbang, tapi 1st time bawak baby naik kapal terbang..memang macam-macam persoalan yang akan timbul sebelum bawa baby. Sini erna akan share beberapa tips sebelum bawa baby naik kapal terbang..
  • Gunakan backpack (beg sandang belakang) untuk hand luggage kerana dengannya tangan anda bebas dan mudah untuk melakukan banyak keperluan lain dalam perjalanan. (erna bawak backpack MLO untuk isi perkakas iman. Backpack ni termasuk dalam pakej masa beli pam Ameda. Dalam backpack letak pampers, bedak, etc..)
  • Pastikan backpack anda mengandungi:
1. beberapa keping lampin pakai buang. (Erna bawak 7keping. Sebab banyak tu yang muat untuk sumbat kat compartment bawah)
2. Tisu basah (Bawak yang mini packed.) 
3. Dua persalinan baju. (Erna bawak lebih sikit. Barut dan stokin pun bawak je buat spare)
4. Botol susu (jgn bawa air panas dalam thermos / air kosong dlm botol. Naik kapal terbang tak boleh bawa air/ cecair. Jangan risau, boleh minta dari cabin crew bila dh terbang nanti). (Erna bawa susu yang dah perah dari rumah. Susu bertahan 4jam. Perjalanan tak sampai 1jam ke KL. Alhamdulillah cukup untuk iman)
5. Bagi bayi yang minum susu formula, gunakan bekas susu yang mempunyai beberapa ruang untuk mengisi susu yang telah siap disukat untuk sekali bancuhan. Jangan pula bawa tin dlm backpack, tak praktikal. Tin susu boleh disimpan dlm beg besar.
6. Bagi bayi yang sudah mula makan, elok dibawa makanan di dalam botol kecil – banyak dijual di pasaran (sesetengah kapal terbang ada menyediakan makanan bayi, anda perlu membuat tempahan awal untuk ini).
7. Permainan yang praktikal untuk dibawa. Bayi pastinya bosan duduk lama2 dalam kapal terbang. Permainan percuma di dalam pesawat ada juga (jika ada stok). Tetapi kadang2 ianya tidak sesuai untuk usia anak anda.
8. ‘Bantal busuk’ atau selimut kegemaran sekiranya ada. (Erna memang ada sumbat bantal kecik iman dalam backpack)
9. Beg plastik kosong. Boleh digunakan kala kecemasan eg. nak buang lampin yg dipaliti ‘kuih’ yg tak tertahan dek idung, isi baju basah / kotor. (Tak bawak spare pun plastik. Alhamdulillah sebelum naik kapal,iman dah siap poo poo.Legaaa...)
10. Sehelai baju si ibu. Menjaga bayi kadang kala memang comot. Dengan makanan yg tertumpah la, kebocoran lampin la… maka elok ambil langkah ini.
• Pastikan anda menempah awal bassinet untuk meletak bayi ketika di dalam kapal terbang nanti. Maklumkan ini kepada ejen pelancongan atau syarikat penerbangan. Jika tidak , anda harus memegang bayi anda di atas riba sepanjang perjalanan. Penat tu…

•  Bila kapal dah mula nak terbang, erna bagi iman minum susu dalam botol yang erna dah siap-siap perah. Sepanjang berada di awangan pula, erna bagi iman hisap puting dan sebelum kapal terbang mendarat on da way turun, erna ada bagi iman puting sebab masa tu, iman syok tidur. Plan asal nak bagi susu lagi. Sebab hampir nak 1jam dari tempoh sebelumnya minum susu. Tapi, iman tidur..

Kalau yang highlight merah tu, apa yang erna buat la..dan yang tak highlight, sesuai untuk kes selain erna. tapi kes yang sama pada dasarnya..membawa baby naik flight. Apa yang best tentang MAS, tak perlu beli kilo ataupun muatan yang nak dbawa..harga tiket termasuk 20kilo muatan untuk dewasa dan 10kilo untuk baby macam iman. Kiranya total barang kami yang boleh masuk kargo MAS. 50kilo. Iman 10kilo, ummi 20kilo, nenek 20kilo :) Kalau naik Air Asia, harga tiket tak termasuk harga muatan yang boleh dibawa..MAS best!

InsyaAllah,next entry erna akan share macam mana caranya nak tukar masa penerbangan dan tarikh. 

 Iman baik.
Hopefully next time tak meragam jugak dan sangat baik macam ni ^__^

Time ni iman sedikit meragam sebab mengantuk dan mugkin jugak tahu yang dia tak dapat jumpa babah pagi tu. Ni pagi masa kami tak boleh nak check in. Learn from that moment!

*kredit LINK untuk tips

Share this:

, ,

CONVERSATION

19 comments:

  1. xde rezeki kan..sabar je la.. web checkin memang bagus.. atleast smpai airport xpayah beratur nk checkin

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) memang kena belajar web checkin ni..

      Delete
  2. Comelnya iman pakai sweater tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sweater tu beli masa iman baru keluar wad..masa umur baru seminggu :)

      Delete
  3. Web check skrg mmg wajib, kalau tak bayar rm10 utk check in counter.
    I web check in then, mintak bar code sent ke hp. sampai airport, scan je barcode. senang!

    Just my 2cents, kalau nak bawak air dlm botol boleh je dear. i bwak buat spare, sebab i tak change diapers kat toilet. I change kat seat, so air kosong/mineral utk lap2 sket after wet-tissue. And, idea guna backpack tu betul. Cuma kalau boleh u minimizekan items, tak perlu byk sgt. mcm I, pakai clutch diapers, so, semua letal dlm tue, bila nak guna keluarkan je 1beg terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salalu erna akan check in di kios..tak pulak check in di kaunter. tapi kalau terlambat,bayar jugak la RM10 kat kaunter.

      alhamdulillah iman tak pernah pulak erna tukarkan diapers dlm flight. sebab tak berjalan jauh pun. almost 1hour je perjalanan. dalam negeri je :) anyway..thanks drop comment here.

      Delete
  4. erna...tips yang berguna...sebab alysa pon bakal diterbangkan tak lama lagi...hihihi...maklumlar, dapat mama n papa yang kaki travel, so secara otomatik, anaknye pon akan join sama...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 alysa pun ok baik je macam iman.kalau tak,kelam kabut la nanti. macam erna haritu,cuak betul.hehehe

      Delete
  5. Nak terbang ni baru la duk cbok cari info ni. Hihi. Maceh mommy!

    ReplyDelete
  6. tips yang baik...

    erna, kirenyer klau nak bawa formula milk dalam bekas tupperwre tu..letak dalam lugage kite bolehla eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2..masukkan je dalam beg baby you :)

      Delete
  7. erna, mohon permisi nak share tips ni kat blog saya boleh?

    ReplyDelete
  8. nk tya, kt perlu x include kan infant booking online walhal seat tuk infant xde kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena isi jugak yang kita bawak berapa ramai infant. infant tu dikira dari new born ke 2thn. sebabnya kalau air asia setiap new borm fly mana-mana pun charge RM50.ini apa yg erna tau la ye :)

      Delete
  9. salam...nak tmpang tanya...klu flight kul 4 ptg utk kaunter check in..pukul brp saya ptut ke airport utk segala urusan check in tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh dtg awal.klu air asia lagi kena dtg awal supaya x ada kes tertinggal flight ataupun x boleh check in nanti. kalau mas 45minit sebelum fligh berlepas msh blh check in :)

      Delete
  10. Kalo gate dah ttp n xbley check in..just pegi kaunter n tkr tme flight..tp dgn MAS jew bley..without charge..tq..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah jumpa entry bagi tips yang berguna for bring infant naik flight,susah hati sangat memula tu how's to bring infant nanti.so google then jumpa blog erna ni. thanks for the tips! :-)

    ReplyDelete