Pengedar Shaklee Puchong

24 January 2017

Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung (Official Lyric Video)




Ku sesali
Kerna pernah cuba
Sakiti hatimu
Sedang diri ini
Tidak mampu
Untuk hidup tanpa
Cintamu di sisi

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia
Dan di syurga
Oh kekasih

Kembalikan
Cinta yang pernah ada
Dalam hatiku
Walau dirimu pernah terluka
Ku akui segalanya salahku

Cinta lelaki teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia
Dan di syurga

Meskipun kesetiaan
Yang selalu dipersia
Namun engkau tidak pernah lelah
Untuk bertahan
Ku mengerti kini semua
Demi cintamu kepadaku
Padaku

Kasih
Pabila bersama
Dunia terasa sempurna
Jangan tinggalkan diriku
Oh sayangku

Cinta lelaki teragung
Membuat diriku berbahagia
Engkaulah kekasih di dunia
Dan di syurga

Lagu: Natasyah
Lirik: Iman Imran

Setiap kali dengar lagu ni kat radio sebelum-sebelum ni, maksud sebelum-sebelum ni tu..sebelum lagu Lelaki Teragung menang AJL baru-baru ni la. Setiap kali dengar lagu ni, suami erna akan cakap...."suka betul lagu ni ma..". Lepas tu dalam toilet pun sakan la dia menyanyi lagu ni. Berulang-ulang korus tu dia nyanyi.

Erna pula?

Pertama kali dengar, terus terasa nak cari lirik. Bila baca lirik.........dang!!!!

Betul punya makan dalam bila baca lirik lagu ni. Kemudian mula menjadi siulan dan alunan di radio pula bila cerita 7 hari mencintai ku mula ditayangkan kat tv3. 

Dengar lagu ni, teringat kisah silam. Kisah 5 - 6tahun lalu. Kalau lah.... kalau lah.... masa boleh diputarkan kembali. Tetapi memang mustahil masa lalu boleh dikembalikan.

Apapun, setiap perkara yang pernah berlaku dalam hidup ini...adalah pengalaman, pelajaran, pengajaran. Sebab itu juga ada pepatah mengatakan 'pengalaman adalah guru yang paling berharga'

Syukur alhamdulillah....kini berbahagia kami suami isteri walau ada pasang surutnya. Ada masa dilambung ombak dan badai..tetapi cerita kasih sayang dan kesetiaan cinta antara kami, alhamdulillah syukur...kuat dan utuh. 

Semoga kasih sayang dan cinta 'Lelaki Teragung' ini kekal sampai ke syurga.... kasihnya tidak pernah berbelah bahagi kepada puan isteri. 

Terima kasih pa 




Iman , Taqwa dan Ikhlas 

8 January 2017

Tahun Baru 2017

Tahun Baru 2017 | Assalammualaikum. Hi..terima kasih sudi singgah blog erna. Lama rasanya tak update blog ummierna. Rindu nak duduk dan menulis. Bukan soal masa sebenarnya. Tapi pengurusan masa tu yang masih tak mampu nak atur dengan baik. 

Masuk je 2017 bermakna no more 20-an dalam diri ini. Haha...selamat melangkah ke alam 30-an pula. Syukur alhamdulillah...dengan izin Allah masih diberi peluang menghirup udara milik Nya. Pada usia ini juga, ada suami yang penyayang dan 3orang anak bijak comel harta ummi dunia dan akhirat. 

Tahun ini, berazam nak latih diri untuk susun atur pengurusan kewangan dengan lebih baik. Dengan suami ku juga erna paksa rela dia menabung bersama. Baru minggu pertama ni, gayanya ok lagi. Berjaya lepas minggu pertama 2017 dengan baik. Tunggu minggu-minggu berikutnya. Harapnya apa yang dirancang menjadi dan kami terus istiqomah. 

Selain itu, nak latih diri dan latih anak-anak tidur lebih awal daripada tahun-tahun sebelum ini. Sebabnya..anak-anak erna ni dah terbiasa tidur lewat. Lagipun ummi 24jam ada dirumah, jadi disiplin tidur awal ni kurang baik. Tidur lewat pagi. Bangun lewat juga. Ini masih dalam percubaan. Kena kuatkan semangat dan semoga usaha erna yang ini juga dipermudahkan. Amin...

Iman sampai sekarang masih belum 100% free diapers. Sebabnya kalau tidur, iman tak sedar yang dia akan shi shi. Jadi, bila iman tidur je..mesti erna akan sarungkan diapers. Termasuklah tidur malam. Tapi, kalau iman berjaga..iman tak ada masalah untuk ke toilet. So far tak pernah la iman terbabas shi shi dalam seluar kalau dia berjaga. Iman memang akan ke toilet. Alhamdulillah...tahun ini iman masuk sekolah 5tahun dan kami suami isteri masih hantar iman ke sekolah yang sama.

Taqwa satu-satunya anak perempuan ummi babah buat masa ini, masih lagi pakai diapers. Umur Taqwa 2tahun 6bulan dan erna masih lagi belum 100% latih taqwa untuk free diapers. Adalah haritu erna ajar. 2x ok taqwa pandai bagitahu ummi yang dia nak ke toilet. Tapi ada sekali taqwa terbabas. Bila ummi tanya "kenapa tak bagitahu ummi nak shi shi..?..." jawapan taqwa memang best. "awaa nak makan nanti lapar.." hahahaha.....dia nak habiskan makanan sampai terbabas shi shi dalam seluar. Sabar je la...

Ikhlas Uqoil ummi dah pandai ajak sembang. Baru nak masuk usia 3bulan. Ikhlas ni senang dijaga. Alhamdulillah...waktu tidur ikhlas pun ok. Tak banyak ragam. Alhamdulillah...masih lagi minum susu ummi sepenuhnya. Semoga rezeki air susu untuk Ikhlas sehingga usia 2tahun malah lebih lagi hendaknya. 

Owh ye...tahun baru ni juga erna berhasrat nak sediakan menu makan yang lebih sihat untuk suami tercinta. #misilakibini Wah siap ada hastag lagi. hahahaha....Kalau sebelum ni makan asal boleh je. Tetapi tahun baru ni, erna nak kami sama-sama dapat ideal weight. Bukanlah nak kurus cantik kacak semata-mata. Tetapi nak terapkan gaya hidup sihat. Tak nak kalau badan luaran nampak sempurna. Hakikatnya..dalaman tidak sihat. Lemak penuh dalam badan. Tak nak macam tu. Semoga erna istiqomah dengan #misilakibini yang ini.

2017 adalah lembaran baru 
serta kekuatan baru untuk lebih berjaya
 dalam bisnes Shaklee erna. 

12 December 2016

Kerinduan Bilal bin Rabah | Salam Maulidur Rasul

Kerinduan Bilal bin Rabah | Salam Maulidur Rasul


Selepas wafat nya Rasulullah, Bilal bin Rabah telah meminta izin dari khalifah Abu Bakar untuk meninggalkan Madinah. Abu bakar telah memberi izin kepada Bilal untuk meninggalkan Madinah.

Sebelum meninggalkan madinah di tatapi nya buat kali terakhir kota madinah di mana satu masa dulu dia dan Rasulullah berkongsi suka dan duka.

Bilal menetap bersama keluarga nya di Syria,sungguh sukar bagi Bilal untuk melupakan kenangan bersama Rasulullah .Sekian lama nya Bilal menetap di syria .

Satu hari Rasulullah muncul di dalam mimpinya " wahai Bilal keras sungguh hati mu,kenapa engkau tidak menziarahi aku". Lantas Bilal terjaga dari tidur nya dengan deraian air mata,sehingga seluruh keluarga nya terbangun.

Bilal menceritakan kepada ahli keluarga nya apa yg terjadi, ahli keluarga nya menyuruh Bilal menziarahi makam Rasulullah.

Semasa Bilal dalam perjalanan menuju madinah, air mata nya tidak henti2 mengalir.Dia tidak berhenti di mana2 agar cepat sampai di madinah.

Setelah beberapa hari Bilal sampai di makam Rasulullah lantas memberi salam " Asalamualaika ya Rasulullah" . Air mata nya terus mengalir.

Tiba2 datang Amirul mukminin syaidina Abu Bakar memeluk Bilal dari belakang untuk menenangkan Bilal,sehingga reda tangisan Bilal.

Bilal,alang2 kamu sudah berada di sini laungkan lah Azan untuk kami,rayu amirul mukminin . Tidak wahai amirul mukminin,jawab Bilal.

Laungkan lah azan,kami rindu akan suara kamu,pinta syadina umar,syadina Bilal mengelang kan kepala.

Tiba2 datang lah dua orang cucu kesayangan Rasulullah iaitu Hassan dan Husin," Pak cik Bilal,laungkan lah azan sebagai mana pak cik laungkan nya di masa datuk kami masih ada.

Di peluk nya kedua_dua cucu kesayangan Rasulullah itu lantas di cium nya. Sebentar tadi aku baru menolak permintaan Khalifah dan permintaan Syadina umar, aku takut untuk menolak permintaan kamu berdua,aku takut nanti Rasulullah akan menolak permintaan aku.

Bilal naik ke atas menara,di tatapi nya satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah sambil air mata nya mengalir laju.

Allahu Akbar , Allahuakbar..

Terdiam seluruh penduduk kota madinah mendengar alunan suara azan tersebut.suasana penduduk kota madinah masa itu sangat terkejut.

Asyhadu ala ila haa illallah

Abu I'sa Rasulullah.
Apakah Rasulullah di bangkit kan semula bisik mereka.

Asyhadu ala ila haa illallah.

Tangisan penduduk kota madinah kian pilu,mereka terkenangkan saat mereka bersama Rasulullah,Syadina Abu Bakar ,umar dan penduduk madinah menitiskan air mata.kerinduan pada suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yg tercatat sebagai sejarah buat umat akhir zaman.

Asyhadu anna Muhammad Rasulullah.

Terus Bilal tersungkur tidak dapat meneruskan azan nya lagi,lantas di sambut oleh syadina Abu Bakar dan Syadina umar," mengapa Bilal?".

Waktu tengah azan tadi sehingga aku menyebut nama kekasih ku, aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita.

Aku rindu Rasulullah.
Aku rindu Rasulullah.
Aku rindu Rasulullah.

Berlenangan air mata para sahabat dan penduduk kota madinah apa bila tukang azan Rasulullah pulang ke kota madinah untuk mengubati kerinduan nya kepada Junjungan Besar Muhammad S.A.W.

Rindu kah kita kepada Rasulullah?




Salam Maulidur Rasul sempena 12 Rabiulawal.

Pengedar Shaklee Puchong,Shaklee Puchong,Set Berpantang Shaklee,Vivix Murah,COD Shaklee Puchong Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign